Tuesday, March 29, 2011

Saya sangat penat... T_T

Dikala hati ini menangis,
Tiada siapa yg tahu,
Insan itu cuba ku buang jauh,
Namun bayangnya sentiasa mengekoriku,

Ya Allah...
Apakah ini petunjuk dariMu,
Andai dia bukan milikku,
Jauhkan aku dari dia,
Berikan aku ketenangan,
Aku dambakan hidayahMu ya Allah...

Andai dia tercipta untukku,
Tunjukkan aku jalan itu,
Damaikan hati ini dengan ketentuanMu,
Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Perancang.

Mudah untuk ku maafkan,
Tapi amat payah untuk aku melupakannya,
Allah...hanya Engkau mengetahui apa sahaja yg terpendam dalam hati ini,

Ma...
Angah tahu,
Telah banyak cinta yg ma tunjukkan,
Telah banyak kasih yg ma curahkan,
Telah banyak ketenangan dan kebahagiaan yg ma hadiahkan,
Terima kasih ma...
Hanya Allah mampu membalas semua itu.

Ya Allah...
Hadiahkan aku KETENANGAN...
Kurniakan aku KEBAHAGIAAN...
Hanya padaMu tempat ku meminta...
Terima kasih ya Allah atas semua nikmat yg telah dikurniakan...
Moga aku tergolong dalam hambaMu yg bersyukur. 

Sunday, March 27, 2011

ProUd oF You~~~

Lama dah tak update blog...al-maklum lah busy dengan proposal. Minggu lepas sy ke Penang menghadiri hari bersejarah adik tersayang. Sangat bangga dengan pencapaian dia. =) Moga dia dimurahkan rezeki untuk sambung degree nanti dalam bidang yang dia minat. InsyaAllah. Amiinnn. 

Adik!!! entry ni sgt2 special utk kamu~! As ur sister, i'm proud of you. Awk dah buat yg terbaik utk ma, abah n the whole family. ^^, Jangan cepat putus asa ye syg, teruskan doa, belum sampai rezeki utk awk lagi untuk sambung degree. S.A.B.A.R itu amat penting. 

Nak cte ckit pasal adik sy ni. Dia antara adik perempuan yg sy rapat, padahal ada dua je adik perempuan,hihi.... yg lagi sorang tu kurang mesra ckit tapi dua2 best kalau dapat kumpul sama2 walaupun jarang sekali tuk bertemu ketiga-tiganya. Adik sy yg ni tegas sgt2 sampai kadang2 sy pun kalah ngan dia. Takpe lah, sekali sekala kena mengalah jugak walaupun kakak, sebab dia buat benda yang betul. ;-)

Nama panggilan manja dia 'uda'. hihi~~~ comel kn??? Muda setahun je dr sy. Fuhhh...semangat blaja dia sgt la tinggi. Sangat rajin buat assigment, sgt detail orgnya, kemas dalam semua benda. Sy pun kalah. =( Kalau lah dr dlo sy mcm dia...mesti skang sy.....emmm...dah2 shieda jgn dikenang ape yg dah lepas tu. Move forward~!

Minggu lepas semua join konvo dia except my little sis coz dia kena siapkan assignment fashion design dia. Duk lah dia kat Gerik tu diam2. Tapi sepanjang kat Penang pun hujan je, tak sempat nk jalan2. Tapi bg sy ini adalah hujan rahmat sempena meraikan kejayaan adik sy ni. =) 

Setibanya di Penang, terus gerak ke homestay yg agak selesa lah jugak. hihi =p. Thanx adik~!!! Malam tu kami ke Padang Kota. Menikmati keindahan alam cipataaNya pd waktu malam. Cantiknya lampu2 hiasan kat bangunan tu..tak tau tu bangunan ape...lalalala~~~ tp cantik lah lampu hiasannya. Meh tengok picture2 kat bawah ni...khas utk tatapan kalian...


cantik kan lampu2 die =)

Ni plak gambar2 kami 1 family...ckit je ambik...





penat melayan celoteh n kerenah adik2 lelaki yg dua org tu...tapi happy sgt ngan diorg, mmg boleh jadi penghibur hati yg lara. Kalau tak caya, jom try~! ;-)

Hari Konvokesyen Nurshafini Roselan~!

Kami bangga dengan kamu!!!


Bunga merah yg sangat COMEL tu Ma n Abah yg bagi. Berebut nk bg bunga tu. Untung adik ;p


Fana takde =( 1st time konvo adik-beradik Fana takde. Next time make sure fana join ok. Lupa plak mesti la Fana join dah nama pun konvo dia. =)))





Nie hadiah2 yg org bg kat Finie =)






bestnya!!! ma pun tak ketinggalan nk bergambar ngan semua adiah2 tu...hehe ^^,


TAHNIAH Finie =) Good job. (^_^)

Wednesday, March 16, 2011

InsyaAllah...ada jalannya. =)


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Yang ini versi Bahasa Melayu plak...lagi mudah untuk kita hayati. =) 

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan 
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu.. 
InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya… 
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu 
Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu… 
Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…




Tuesday, March 15, 2011

Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu~!

Bila bercakap soal hati dan perasaan pasti semua orang pernah merasai apa yg sy rasa. Tetapi harus bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus bernafas dan meneruskan hidup. Alhamdulillah (^_^).

Peristiwa 31 Januari 2011 banyak mengajar sy erti 'tidak terlalu mengharap'. 
Terima kasih kpd insan itu kerana telah melukakan hati sy. Tapi sy rasa bertuah kerana semua tu masih awal n belum terlambat untuk sy tersedar dr mimpi yg 'indah'. Kalau insan itu terbaca post ni, i'm so sorry...ini memang apa yg terpendam dalam hati sy. Semua orang yg sy jumpa, yg sy kongsikan 'perkara' ini memang sangat2 memberi semangat pada sy. Cuba pujuk hati sy n nasihat macam2. Jutaan terima kasih sy ucapkan tapi....tiada siapa pun dapat rasa perasaan sebenar sy. Tiada seorang pun.

Sebab tu entri sy kali ni bertajuk "Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu". n Allah knows best. =) 
Makin hari sy rasa makin boleh terima cuma kadang2 perasaan sedih tu datang, biasalah bila teringat n hati perempuan itu sangat lembut. Kompem2 la senang nk nangis. Tapi kadang2 rasa itu adalah airmata tanda kekuatan sy bukan kelemahan sy, apa2 pun Allah tahu perasaan sebenar sy. 

Special thanx to Mimi Syarene, insan yg sy kenal melalui dia. Alhamdulillah, apa yg telah berlaku tidak menjejaskan hubungan kami. Dia sentiasa mendengar luahan hati ini. Thanx dear. N tak sangka sy boleh baik n rapat dengan family mimi. Suka melayan kerenah anak2 buahnya. N sy memang suka budak2, naluri keibuan lah katakan. Ececeh... =p

Sy nak ucapkan jutaan terima kasih buat sahabat2 yg selalu menyokong sy especially my romet Cik Nurul Hana yg sentiasa ada dengan sy. Kamsamida Cik Romet. Semua dak2 group 'kami yang cantek' terima kasih juga. To my bestfrens, Ummi Alia, Hidayah, n Miera thanx a lot sebab sudi pinjamkan telinga n bahu untuk sy. ^^,

N paling berterima kasih pada bunda tersayang sebab sentiasa bagi kata2 semangat kat anak ma ni. Jasamu akan ku kenang sampai bila2. InsyaAllah. Love u so muchhh...Mmmuuuaaahhxx. ;)

To abg ngah a.k.a pit n kak cik a.k.a intan korang mmg abg n adik yg sentiasa menyokong kak long. Really appreciate it~! Syg kalian berdua. 

My bestfriend Rzal n Irfan...tq sebab sentiasa ada dengan sy. InsyaAllah rzal jumpe kat Penang ujung mggu ni. =)
Dah lama dah kawan ngan dia since 2004. Macam2 cte lawak yg berlaku antara kami but it totally fun~! =)))

Tidak lupa juga kpd Encik Hakim Syafiq yg sudi mendengar cerita best kakaknya ni. Terima kasih dik. :)
dan kepada semua yg membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. 
TERIMA KASIH daun keladi, 
ada masa tolong lah lagi..heee~~~

Dan sebesar2 rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah menjaga hati ini serta menguatkan diri dalam menghadapi ujian ini. ALHAMDULILLAH. =)



Kegembiraan dan keriangan itu semakin bertambah bila mana hujung minggu ni mau pulang ke Manjung. Jumpa family tercinta. Tak sabar dan sgt excited. Love them so much!!!! Muuaaahhhxxx!!!



Ingat...kesedihan itu kadang2 perlu tetapi cukuplah sekadarnya. 



Kerana kegembiraan selepas itu sentiasa menunggu dan menanti kita. Percayalah~!!! 
(^_^) 

Cukup sekadar itu...n the most important thing, Allah knows best n DIA adalah sebaik2 perancang. Kita hanya mampu terus berdoa, berusaha sehabis mungkin selebihnya serahkan pada Allah S.W.T.



Monday, March 14, 2011

Cintai 'dia' dalam diam.

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah


sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..


bersabarlah dalam diammu...


Thanx to my dear fren, Hafizah Farhah sebab sudi share note tu kat group 'kami yang cantek'

Lepas apa yang dah berlaku 31 Januari 2011 hari tu, aku belajar sesuatu. Moga ia dapat mematangkan aku pada masa akan datang...


cintai dia dalam diam :)