Tuesday, March 15, 2011

Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu~!

Bila bercakap soal hati dan perasaan pasti semua orang pernah merasai apa yg sy rasa. Tetapi harus bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus bernafas dan meneruskan hidup. Alhamdulillah (^_^).

Peristiwa 31 Januari 2011 banyak mengajar sy erti 'tidak terlalu mengharap'. 
Terima kasih kpd insan itu kerana telah melukakan hati sy. Tapi sy rasa bertuah kerana semua tu masih awal n belum terlambat untuk sy tersedar dr mimpi yg 'indah'. Kalau insan itu terbaca post ni, i'm so sorry...ini memang apa yg terpendam dalam hati sy. Semua orang yg sy jumpa, yg sy kongsikan 'perkara' ini memang sangat2 memberi semangat pada sy. Cuba pujuk hati sy n nasihat macam2. Jutaan terima kasih sy ucapkan tapi....tiada siapa pun dapat rasa perasaan sebenar sy. Tiada seorang pun.

Sebab tu entri sy kali ni bertajuk "Hanya aku dan DIA sahaja yang tahu". n Allah knows best. =) 
Makin hari sy rasa makin boleh terima cuma kadang2 perasaan sedih tu datang, biasalah bila teringat n hati perempuan itu sangat lembut. Kompem2 la senang nk nangis. Tapi kadang2 rasa itu adalah airmata tanda kekuatan sy bukan kelemahan sy, apa2 pun Allah tahu perasaan sebenar sy. 

Special thanx to Mimi Syarene, insan yg sy kenal melalui dia. Alhamdulillah, apa yg telah berlaku tidak menjejaskan hubungan kami. Dia sentiasa mendengar luahan hati ini. Thanx dear. N tak sangka sy boleh baik n rapat dengan family mimi. Suka melayan kerenah anak2 buahnya. N sy memang suka budak2, naluri keibuan lah katakan. Ececeh... =p

Sy nak ucapkan jutaan terima kasih buat sahabat2 yg selalu menyokong sy especially my romet Cik Nurul Hana yg sentiasa ada dengan sy. Kamsamida Cik Romet. Semua dak2 group 'kami yang cantek' terima kasih juga. To my bestfrens, Ummi Alia, Hidayah, n Miera thanx a lot sebab sudi pinjamkan telinga n bahu untuk sy. ^^,

N paling berterima kasih pada bunda tersayang sebab sentiasa bagi kata2 semangat kat anak ma ni. Jasamu akan ku kenang sampai bila2. InsyaAllah. Love u so muchhh...Mmmuuuaaahhxx. ;)

To abg ngah a.k.a pit n kak cik a.k.a intan korang mmg abg n adik yg sentiasa menyokong kak long. Really appreciate it~! Syg kalian berdua. 

My bestfriend Rzal n Irfan...tq sebab sentiasa ada dengan sy. InsyaAllah rzal jumpe kat Penang ujung mggu ni. =)
Dah lama dah kawan ngan dia since 2004. Macam2 cte lawak yg berlaku antara kami but it totally fun~! =)))

Tidak lupa juga kpd Encik Hakim Syafiq yg sudi mendengar cerita best kakaknya ni. Terima kasih dik. :)
dan kepada semua yg membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. 
TERIMA KASIH daun keladi, 
ada masa tolong lah lagi..heee~~~

Dan sebesar2 rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah menjaga hati ini serta menguatkan diri dalam menghadapi ujian ini. ALHAMDULILLAH. =)



Kegembiraan dan keriangan itu semakin bertambah bila mana hujung minggu ni mau pulang ke Manjung. Jumpa family tercinta. Tak sabar dan sgt excited. Love them so much!!!! Muuaaahhhxxx!!!



Ingat...kesedihan itu kadang2 perlu tetapi cukuplah sekadarnya. 



Kerana kegembiraan selepas itu sentiasa menunggu dan menanti kita. Percayalah~!!! 
(^_^) 

Cukup sekadar itu...n the most important thing, Allah knows best n DIA adalah sebaik2 perancang. Kita hanya mampu terus berdoa, berusaha sehabis mungkin selebihnya serahkan pada Allah S.W.T.



4 comments:

  1. eh??? hakim tu sape? hahahaha :P

    ReplyDelete
  2. hakim tu kawan shida masa sekolah rendah tp dia ingat shida balik sebab sama mtrik... ;p
    dia lupa shida masa sekolah rendah =(

    ReplyDelete
  3. hehe... thanks coz ade name kite kt post ni... hehe :D

    ReplyDelete